Oleh DR. ISMAIL ZAIN
APA sahaja perubahan yang ingin dilaksanakan banyak bergantung kepada faktor sikap. Sikap ialah kehendak dalaman yang digambarkan melalui amalan terhadap tindakan. Kehendak pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti persekitaran, inter dan intra personal, ilmu dan kemahiran serta aras motivasi diri dalam melaksanakan tugas.
Tindakan adalah sesuatu yang bersifat sementara. Tindakan mungkin berlaku disebabkan adanya tekanan dari luar seperti arahan atau peraturan. Sedangkan amalan ialah tindakan yang terlazim yang dibentuk tanpa bergantung pada tekanan dan ianya dilakukan secara konsisten dan berterusan. Pembentukan sikap akan mengambil masa yang agak panjang untuk membentuk amalan.
Tindakan adalah sesuatu yang bersifat sementara. Tindakan mungkin berlaku disebabkan adanya tekanan dari luar seperti arahan atau peraturan. Sedangkan amalan ialah tindakan yang terlazim yang dibentuk tanpa bergantung pada tekanan dan ianya dilakukan secara konsisten dan berterusan. Pembentukan sikap akan mengambil masa yang agak panjang untuk membentuk amalan.
Sebagai seorang guru sikap yang diperlukan ialah seperti gigih dalam melaksanakan tugas, perihatin terhadap perkembangan murid, berkeyakinan untuk membuat inovasi, berfikiran terbuka dalam menangani sesuatu isu dan sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan. Dalam hal ini, pembentukan sikap guru harus bermula sewaktu menjalani kursus di institusi perguruan lagi. Pelbagai aktiviti kurikulum maupun kokurikulum memerlukan perubahan sikap yang mampu menghasilkan prestasi yang cemerlang dalam profesion perguruan serta sepanjang kehidupan.
Dalam sebarang aktiviti kurikulum ataupun kokurikulum seseorang guru harus aktif serta mampu berinteraksi dengan baik dalam kuliah, matang dalam sesi perbincangan, mampu menghabiskan tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan, bersifat berdikari dalam usaha meneroka dan mencari maklumat tanpa banyak bergantung pada pensyarah, ketepatan masa, mengambil bahagian serta berkemahiran dalam sebarang aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan di sekolah.
Selain dari itu seseorang guru juga harus mempunyai kredibiliti yang tinggi serta personaliti dan pekerti yang mulia dalam sebarang urusan tanpa memaparkan air muka yang memberi gambaran yang buruk kepada murid-murid atau rakan sekerja.
InsyaAllah latihan yang dilalui ini lama-kelamaan akan sabati dengan jiwa dan diri kita. Apabila kesebatian ini sudah tertanam di dalam diri, sebarang tindakan akan seraksi dengan kehendak dan akhirnya akan menjadi amalan ke arah penentuan sikap yang menjadi tonggak dalam kehidupan yang sempurna dan bahagia.