BIMBINGAN DAN MOTIVASI
Myspace Layouts

Rabu, 15 Disember 2010

Bagaimana Membuat Nota Yang Baik?
Di dalam proses pembelajaran seseorang pelajar harus tahu bagaimana membuat nota yang baik. Berikut adalah beberapa cadangan untuk dijadikan panduan:
1. Semasa mengambil nota utamakanlah fakta-fakta yang mempunyai perkaitan logic dengan pengetahuan yang lepas.
2. Utamakan penyalinan fakta dan kenyataan penting yang berkaitan dengan tajuk atau seluruh tajuk yang sedang dipelajari.
3. Timbulkan persoalan bagi setiap kenyataan yang anda salin supaya anda dapat memahami teks tersebut.
4. Pastikan nota-nota yang disalin mempunyai pengertian yang betul.
5. Susunlah nota-nota dalam bentuk yang logic. Hubungkaitkan kenyataan supaya member makna yang jelas.
6. Semak semula nota-nota setelah selesai menulis untuk memudahkan anda mengingat dan menyampaikan semula.
7. Gunakan symbol-simbol yang anda minat pada perkataan dan kenyataan yang terpenting bagi tiap-tiap nota yang ditulis. Ini akan menjadikan nota anda lebih jelas dan mudah diulangkaji.

Sumber : http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com